Sunday, November 1, 2009

PENGLIBATAN ULFA deli DALAM KUSPIDL







Kami ULFA deli banyak melibatkan diri dalam program yang di anjurkan oleh pelbagai persatuan, antaranya kami aktif dalam Kelab Usahawan Sosial (KUSPDIL) di bawah bimbingan Pusat Internet Desa. Kelab ini banyak membantu kami dalam menggunaan dan pembelajaran ICT seperti tunjuk ajar dalam pembinaan blog dan Digital Story Telling (DST).
Selain itu KUSPIDL juga membantu kami mempromosikan produk di merata tempat. Antaranya baru-baru ini mereka telah membawa produk ULFA deli ke Bota Kanan sempena Karnival KedaiCom dan juga Progaram Halaqah unjuran TV9. Alhamdulillah hasil usaha kami dan KUSPIDL hasil jualan produk amat memuaskan. Selain itu kami juga pernah menyertai program E-Services Fasa 3 yang di anjurkan oleh KUSPIDL. Di mana banyak ilmu yang kami perolehi semasa mengikuti bengkel tersebut. Kami di ajar cara menjual produk secara online melalui e-kedai (Portal PID), belajar melalui online, Agri Bazar, E-bay dan sebagainya. kami ULFA deli berasa amat bertuah kerana kami terpilih di kalangan usahawan yang lain untuk menyertai program tersebut.
Semoga di hari yang akan datang adalah kiranya PID tidak melupakan ULFA deli dalam mengikuti apa sahaja program di bawah anjuran PID dan KUSPIDL.

No comments: